AKAN KU UKIR SEJARAH BARU DI TAHUN 2023

 


Assalamualaikum wbt & Salam Tahun Baru 2023...

Syukur ke hadrat illahi dipertemukan dengan kelompok rakan-rakan yang sentiasa positif dan sudi membimbing diri ini untuk terus mencuba & mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu dalam usaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pendigitalan. 

Pembuka tirai 2023 yang amat bermakna buat diri ini kerana memiliki blog dengan domain sendiri. Segalanya bermula di Akademi Youtuber (AYU). Bertatih menghasilkan video-video sejarah sekolah rendah yang dikongsikan dengan semua peringkat usia tanpa mengira sempadan melalui Channel Youtube Cikgu Yuhanisah sehingga lahirnya blog cikguyuhanisah.com pada akhir tahun 2022. Satu pengalaman yang berharga & bermakna dalam hidup ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan tertinggi Akademi Youtuber Malaysia & semua keluarga AYU yang sentiasa membakar semangat dan membuka ruang dan peluang untuk meneroka dan menyahut cabaran dunia pendidikan digital di Malaysia.

Semoga diri ini sentiasa bersemangat untuk terus melangkah dan diberikan ilham untuk terus berkarya bagi mengukir sejarah baru di tahun 2023 ini. Doakan yang terbaik buat kita semua ya!    




Post a Comment

11 Comments