PUASA HARI PUTIH / AYYAMUL BIDH BAGI BULAN SYAABAN 1444H / MAC 2023 & NISFU SYAABAN




PUASA HARI PUTIH / AYYAMUL BIDH BAGI BULAN SYAABAN 1444H / MAC 2023

✓ Isnin 6 Mac 2023 / 13 Syaaban
✓ Selasa 7 Mac 2023 / 14 Syaaban
✓ Rabu 8 Mac 2023 / 15 Syaaban

Sambung terus...
✓ Khamis 9 Mac - Puasa sunat hari Khamis

Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau (الأيام البيض) ayyamul bidh? Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.

Daripada Ibnu Milhan Al-Qaisi:

"Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".
(HR Abu Daud)


NISFU SYAABAN 2023

Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh.

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. 

Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1444 Hijrah/ 2023. 

1 Syaaban = 22 Februari 2023
15 Syaaban = 8 Mac 2023
Malam Nisfu Syaaban 2023M/ 1444H = 7 Mac 2023, hari Selasa malam Rabu (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)


Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.


Sumber Asal : https://www.mysumber.com/nisfu-syaaban.html

Post a Comment

0 Comments