PENSIJILAN EDPUZZLE COACH 2022-2023

 


Edpuzzle ialah platform yang mudah digunakan di mana anda boleh menjadikan mana-mana video sebagai pelajaran anda. Dengan hanya satu klik, anda boleh jumpa video pelajaran yang dihasilkan guru lain, termasuk penilaian formatif! Satu lagi klik dan anda boleh mengedit video tersebut dengan memasukkan soalan atau audio anda sendiri. Dengan klik terakhir, tugaskan video kepada pelajar anda dan dapatkan analisis tanpa sebarang kerumitan: lihat siapa yang menonton video, siapa yang tidak memahami pelajaran dan siapa yang melakukan kerja dengan baik. Pelajar boleh menonton semula video seberapa banyak yang mereka perlukan mengikut kemampuan mereka sendiri, sementara anda pula boleh menyemak kemajuan mereka dengan mudah daripada akaun anda.

Mudah saja untuk menjadi Edpuzzle Coach:

1. Klik disini: Get started 
2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti masukkan email dan sebagainya.
3. Klik get started dan pilih " I'm a Student ".
4. Klik sign in wih google.
5. Masukkan class code yang diberikan dan join the class.
6. Tonton video dan jawab beberapa soalan berdasarkan video. Terdapat 3 modul semuanya. Wajib tonton kesemua video yang disediakan.  


SEMOGA BERJAYA!

Post a Comment

0 Comments