PENGALAMAN PERTAMA MENJADI PRESENTER DI GEG APAC CONNECT 7.0

 




 
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Arini nak berkongsi sedikit tentang pengalaman pertama menjadi presenter dalam GEG APAC Connect 7.0. Nebesnya nk present tu macam kali pertama menjadi presenter secara live...huhu...padahal banyak kali dah dan perkongsian yang ingin dikongsikan adalah amalan terbaik yang saya amalkan sendiri di sekolah....sepatutnya tiada masalah gemuruh yang amat sebelum live. Tapi alhamdulillah dengan izinNYa dipermudahkan urusan saya dan diberi kelancaran sepanjang sesi perkongsian berlangsung.

Terima kasih orang kuat dibelakang tabir sememangnya Mr. Big Bos yang sentiasa memberi support. Alhamdulillah... rakan-rakan disekolah SRAB Muar yang sentiasa beri sokongan kepada saya. Luv u all...Terima kasih adik-adik IPG Kampus Bahasa Melayu Adik Amanina dan Adik Amylia yang sudi menjadi moderator dan host pada hari ini.

Pengalaman berharga dapat kenal rakan-rakan presenter yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih juga presenter pertama, adik Norazimah sudi melayan soalan-soalan akk. Mencari geng sebenarnya. Paling best Leader GEG Tangkak yang sangat supportive dalam memberi sokongan moral pada saya. Sempat mengambil aura rakan-rakan hebat ini bg mengumpul kekuatan utk deliver pada petang ini.    

Tidak sangka pula berlaku perubahan mendadak daripada pihak penganjur untuk pemberian link e-sijil dan SPLKPM sebelum sesi live bermula. Ini saja dah buatkan saya seram sejuk nk live. Ditambah lagi selepas live komen yg berbaur marah kerana tiada link sijil. Allah je yg tau perasaan gabra saya...setelah dimaklumkan oleh pihak penganjur link boleh diberikan di ruangan deskripsi video. Fuhhh...lega yakmat.... Mohon maaf ya semua rakan-rakan guru atas segala kesulitan. 

Moga perkongsian hari ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jom tonton semula dengan klik link:

🎞 Link Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=MaN9Fm3MGyI




Sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan sesi perkongsian seterusnya di:

🔍SITE Official GEG APAC :
https://sites.google.com/view/gegasia/events

🔍Video Teaser GEG APAC Weekend 7.0 Day 2
https://youtu.be/sQyQIPJXPv0

🔍Join our participants Telegram Channel
https://t.me/APAC2023_PARTICIPANTS

#GEGAPAC
#gegmalaysia

Post a Comment

0 Comments